Umno terajui gerakan martabatkan pelajaran, kata Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Umno terajui gerakan martabatkan pelajaran, kata Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno sedia mengepalai gerakan kesedaran pelajaran demi meningkatkan martabat pendidikan negara di samping merapatkan jurang pencapaian dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perlu ada gerakan kesedaran pendidikan secara besarbesaran (dan) dalam usaha ini biarlah Umno yang memimpin gerakan itu dan melalui (gerakan) inilah dapat menyedarkan ibu bapa mengenai pentingnya pelajaran," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, ketika melancarkan Program Kecemerlangan Pendidikan Umno Kedah (Cerdik) di Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Anak Bukit di sini hari ini.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited terhadap kemajuan pendidikan dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab itu walaupun di negeri yang mempunyai pandangan politik yang berbeza.

Muhyiddin berkata pemimpin dan ahli Umno sentiasa memainkan peranan yang efektif untuk meningkatkan prestasi pelajar khususnya di luar bandar.

Katanya peranan untuk meningkatkan tahap pendidikan bukan sahaja terletak di bahu guru, kerajaan dan sekolah sematamata, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama semua pihak terutama ibu bapa.

Muhyiddin berkata program berkesan seperti yang dilancarkan oleh Umno Kedah hari ini, akan membuahkan hasil yang bermanfaat dalam membantu usaha meningkatkan tahap pencapaian pelajar miskin.

"Pelbagai program seperti kelas tambahan percuma dan kem motivasi disediakan tanpa mengira sempadan politik. Buktinya untuk negeri Kedah sahaja kerajaan telah memperuntukkan RM1.1 bilion melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan keduadua pakej rangsangan (ekonomi).

Muhyiddin berkata program Cerdik, yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan Umno Kedah, akan menjadi lonjakan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar di negeri yang dikuasai Pas itu.

Pada majlis itu, Yayasan Pelajaran Mara telah menyumbang RM50,000 untuk program berkenaan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan