Tindakan Sivakumar gimik politik: Speaker Perak

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganeson menyifatkan tindakan bekas Speaker V.Sivakumar memanggil beliau untuk disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak sebagai satu gimik politik semata-mata.

Katanya notis oleh Sivakmuar itu meminta beliau menghadap anggota jawatankuasa berkenaan di pejabat Speaker sedangkan pejabat berkenaan kini bukan lagi diduduki oleh Sivakumar.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini, Ganeson berkata tindakan Sivakumar memanggilnya dengan menggunakan dokumen rasmi merupakan satu kesalahan.

"Saya akan membuat laporan polis hari ini dan menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan," katanya.

Ganeson berkata Sivakumar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tronoh, telah menyalahguna kepala surat rasmi Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Beliau juga berkata jawatankuasa berkenaan kini mempunyai anggota yang baru dilantik pada persidangan dewan pada 7 Mei lepas.

"Saya telah dilantik sebagai pengerusi, dan anggotanya adalah Datuk Rosnah Kassim, Datuk Hasbullah Osman, Datuk Nasaruddin Hashim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ong Boon Piow," katanya.

Ong, yang merupakan Adun Tebing Tinggi dari DAP, bagaimanapun telah menolak pelantikan itu.

Ganeson dilantik sebagai Speaker pada persidangan dewan pada 7 Mei lepas dengan mendapat sokongan 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan