SM Teknik Perdagangan JB ditutup kerana influenza

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengarahkan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu ditutup selama seminggu selepas 59 pelajarnya dikesan mengalami penyakit serupa influenza (ILI).

Arahan penutupan tersebut berkuatkuasa mulai esok sehingga Khamis depan.

Kesemua pelajar yang tinggal di asrama sekolah telah dijemput balik oleh keluarga masing-masing sejak kelmarin.

Difahamkan, pelajar tersebut yang merupakan penghuni asrama menghidap demam sejak semalam dan telah mendapat rawatan di hospital berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Dr Robia Kosai berkata siasatan awal mendapati ia bukan selesema babi atau Influenza A (H1N1) namun sekolah ditutup sebagai langkah untuk membendung penularan penyakit tersebut.

"Mereka semua dinasihati untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing dan kami akan terus membuat pemantauan keadaan kesihatan para pelajar untuk memastikan keadaan terkawal," katanya.

Mengenai H1N1 di negeri ini, Robia berkata keadaan masih terkawal dengan tiada kes baru dilaporkan.

Namun, pihaknya meminta orang ramai supaya sentiasa berjagajaga dan menjaga kebersihan diri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan