Samy Vellu: Saya bukan dendam, tapi terguris

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukan dendam terhadap Datuk S. Subramaniam tapi "saya terguris", kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika mempertahankan sebab beliau merestui calon pilihannya bertanding September ini.

"Dalam satu pertemuan lima bulan yang lalu, yang disaksikan oleh seorang Tan Sri yang baru, Subramaniam berjanji akan tarik balik injunksi ke atas Maika Holdings sebagai balasan.

"Saya setuju... Saya kejar dia sejak hari itu, tapi beliau kata esok, esok (cuba lari)...," kata beliau di sini tengah hari tadi selepas Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI).

Beliau juga enggan menamakan pemimpin yang menjadi saksi itu.

Bekas Menteri Kerja Raya itu mengumumkan barisan calonnya bagi pemilihan September ini dua minggu lalu, menggugurkan Subramaniam walaupun kedua-dua mereka kelihatan sudah mula berbaik sejak Mac 2008.

Subramaniam juga mencalonkan Samy Vellu bagi jawatan Presiden April lalu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Samy Vellu menyokong Datuk G. Palanivel yang juga penyandang kerusi itu.

Subramaniam tewas kepada Palanivel, yang disokong Samy Vellu, pada pemilihan parti tahun 2006.

Kali ini beliau menyatakan hasrat untuk bertanding lagi. Turut mahu tanding ialah Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan.

Kedua-duanya bukan calon direstui Samy Vellu yang mempertahankan jawatan sebagai Presiden MIC tanpa dicabar April lalu.

Sejak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, Samy Vellu, Presiden MIC paling lama berkhidmat, dikatakan kemungkinan menyokong Subramaniam setelah kembali "memulihkan hubungan pahit" mereka.

Mereka berbaik selepas mencapai "persefahaman" atas alasan demi masyarakat India.

Persekitaran itu dikatakan tidak memihak kepada Palanivel.

Bagaimanapun hubungan Samy Vellu-Subramaniam kembali "tidak sihat" sejak beberapa bulan yang lalu.

Pada 2007, Subramaniam memperoleh injunksi menghalang Maika Holdings, sayap pelaburan MIC, daripada menjual subdiarinya - sebuah syarikat insurans kepada pihak lain pada harga yang rendah daripada nilai pasaran semasa.

"Saya pernah panggil beliau (Subramaniam) adakan perbincangan, bersama anak saya (Ketua Pegawai Eksekutif Maika) berhubung soal injuksi," katanya.

Samy Vellu berkata, Subramaniam mendakwa harga belian yang ditawarkan terlalu rendah.

Menurut Samy Vellu, Subramaniam juga meminta beliau tidak menyokong mana-mana calon dan bertindak berkecuali pada pemilihan kali ini.

Katanya, beliau meletakkan ia sebagai syarat untuk menarik balik injunksi mahkamah.

Kata Samy Vellu, walaupun ada meminta Subramaniam mendapatkan pembeli yang boleh menawarkan harga yang tinggi tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Beliau ada kira-kira 15,000 saham, saya ada 2.5 juta saham (dalam Maika)... apa yang beliau (Subramaniam) mahu ialah kesemua 64,000 pemegang saham (Maika) menyumpah saya jika tak dibayar balik wang pelaburan mereka (hasil jualan syarikat insurans)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan