MIC sedia tawar RM3.2 juta dapatkan semula tanah Kg Buah Pala

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: MIC bersedia menawarkan RM3.2 juta jika kerajaan Pulau Pinang boleh mendapatkan semula tanah di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor daripada pemaju.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkata tindakan itu bagi membolehkan penduduk kampung itu terus menetap di kawasan berkenaan.

"Kita sanggup bayar RM3.2 juta jika kerajaan negeri boleh mendapatkan semula tanah itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng melalui setiausaha politiknya Ng Wei Eik di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

Mohan bersama sekumpulan lelaki tiba di Komtar pada kira-kira pukul 5.30 petang ini untuk menyerahkan memorandum itu sebaik dibebaskan daripada tahanan polis.

Pada kira-kira pukul 10 pagi semalam kumpulan itu ditahan di Jalan Datuk Keramat di sini kerana berhimpun secara haram untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Ketua Menteri.

Sementara itu ditanya kemungkinan nilai harga tanah berkenaan lebih tinggi berbanding harga RM3.2 juta yang dijual sebelum ini, Mohan berkata: "Mengapa kerajaan negeri Pakatan Pembangkang meneruskan proses jual beli tanah berkenaan sedangkan mereka tahu nilai tanah itu lebih tinggi sekarang ini."

Menurut rekod inisiatif jual beli tanah itu dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun surat pengesahan pemilikan tanah berkenaan disempurnakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim pada 27 Mac tahun lepas.

Selepas penyerahan memorandum berkenaan berlaku kekecohan di kompleks itu apabila seorang lelaki mengeluarkan katakata kesat kepada kumpulan berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan kumpulan itu marah dan bertindak mengejar untuk memukul lelaki berkenaan. Bagaimanapun polis berjaya meleraikan kekecohan tersebut.

Kontroversi pemilikan tanah kampung itu timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar di situ kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd. Koperasi itu kemudian melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu.

Nusmetro mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah berkenaan sebelum 3 Ogos ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan