Kg. Buah Pala: MIC sanggup sedia RM3.2 juta, Guan Eng tidak yakin

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengulangi kesediaan parti itu untuk menyediakan RM3.2 juta bagi membeli semula tanah Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, sekali gus mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.

"Kami akan sediakan RM3.2 juta untuk mendapatkan balik tanah itu... dapatkan tanah itu dan serahkan kepada penduduk kampung (Buah Pala)," kata beliau pemberita di ibu negara tengah hari tadi.

Samy Vellu yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, MIC menyatakan kesediaan menyediakan sejumlah wang itu iaitu bayaran premium yang dikatakan telah dibayar kepada kerajaan negeri oleh pemaju kawasan berkenaan bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

Kata beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang perlu menyelesaikan masalah berkenaan sebagaimana telah dijanjikan ketika kempen pilihan raya lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat perlu berlaku adil bagi mencari "keadilan" kepada penduduk kawasan berkenaan, katanya.

Bagaimanapun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak yakin MIC akan memberikan wang sejumlah RM3.2 juta untuk penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor membeli semula tanah itu seperti dinyatakannya semalam.

Walaupun MIC mempunyai wang namun beliau meragui keikhlasan parti itu untuk berbuat demikian.

Lim berkata ini berdasarkan pengalaman parti itu yang didakwanya gagal menangani masalah pemberian saham anak syarikat MIC, Maika Holdings kepada ahlinya.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Seni Antarabangsa Pulau Pinang 2009 di George Town, Pulau Pinang hari ini, beliau berkata, MIC harus membuktikan niatnya itu terlebih dahulu dengan menyerahkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri dan bukan hanya bercakap kosong.

"Dia (MIC) ada wang, tapi saya tidak yakin dia boleh bagi wang itu," kata beliau dipetik Bernama.

Katanya, MIC dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain harus bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul di Kampung Buah Pala kerana ia berpunca daripada mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy berkata, kerajaan negeri menolak memorandum yang diserahkan oleh Pemuda MIC berhubung isu Kampung Buah Pala semalam berikutan tindakan mereka menyerang pembantu khasnya, M. Sattees.

Katanya, tindakan ganas Pemuda MIC semalam tidak dapat diterima dan dianggap keterlaluan kerana tidak menggunakan saluran yang betul.

"Kalau ada perkara tidak betul atau kenyataan oleh pembantu saya kepada mereka, kenapa tidak gunakan saluran yang betul dengan melaporkan kepada kami supaya siasatan serta perbincangan dapat dilakukan.

"Mengapa mahu menggunakan kekerasan?" soalnya.

Atas tindakan itu, katanya, kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak melayani memorandum mereka itu.

Semalam, Sattees, 24, ditumbuk seorang penyokong MIC setelah beliau dipercayai mencabar kumpulan itu selepas mereka menyerahkan memorandum berhubung isu Kampung Buah Pala kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Weik Aik di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan