Sakit jantung punca kematian pertama mangsa H1N1 di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kematian seorang lelaki warga Indonesia yang dijangkiti Influenza A (H1N1) pada Selasa lepas bukan disebabkan oleh penyakit tersebut tetapi berpunca daripada denyutan jantung tidak terkawal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bedah siasat awal mendapati mangsa mempunyai badan yang gemuk serta terdapat tandatanda pneumonia pada paruparu dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah. "Sebanyak 20 pelbagai jenis spesimen telah diambil untuk ujian virologi, bakteriologi, histopatologi, biokimia dan toksikologi. "Oleh sebab keputusankeputusan ujian bedah siasat belum diketahui sepenuhnya, penyebab kematian untuk kes ini belum dapat dimuktamadkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Liow berkata faktor kegemukan, tempoh sakit yang berlanjutan juga perlu diambil kira dalam perkara itu.

Beliau berkata siasatan mengenai kes itu, yang pertama melibatkan pesakit H1N1, masih dijalankan dan keputusan rasmi mengenainya hanya akan dapat diumumkan pada Sabtu ini. "Daripada maklumat diperolehi, lelaki itu bercuti ke Indonesia dan kembali ke Malaysia pada 5 Julai dan dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak kembali bercuti tetapi simptom adalah ringan. "Pada 20 Julai mula demam panas, batuk serta letih dan pada 21 Julai pergi mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata lelaki berusia 30 tahun, pelajar tahun pertama di International Center for Education in Islamic Finance, Kuala Lumpur kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 11.50 pagi pada hari yang sama.

Mengenai kes terbaru, sejumlah 18 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan, 17 adalah kes jangkitan tempatan dan satu kes import. Liow berkata kes import adalah dari seorang warga negara Malaysia yang baru kembali bercuti dari London.

"Daripada 17 jangkitan tempatan, 13 kes yang dilaporkan adalah daripada empat kluster manakala empat kes adalah keskes 'sporadic' atau terpencil," katanya. Jumlah kes terkumpul setakat ini ialah 939 yang terdiri daripada 573 kes import dan 366 kes jangkitan tempatan. Dari jumlah itu hanya 11 kes sedang menerima rawatan antiviral di hospital, lima kes menerima rawatan pesakit luar di rumah masingmasing dan selebihnya telah sembuh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan