Perjuangkan hak kaum sendiri tak bermakna Umno parti perkauman - Shafie

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Umno tidak harus dilihat sebagai parti perkauman hanya kerana ia memperjuangkan hakhak kaum Melayu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sebaliknya berkata memperjuangkan hak kaum sendiri adalah merupakan tuntutan dan keperluan setiap insan di muka bumi.

"Cuma kita harus lihat bila kita nak perjuangkan hak kita dan agenda kita, kita tak mengenepikan atau menidakkan keperluan orang lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara Menteri dan Exco Luar Bandar (Mexclub), di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata atas dasar itulah Umno bergabung dengan partiparti lain di atas landasan Barisan Nasional untuk memastikan kebajikan kaumkaum lain juga terbela.

"Tapi takkanlah setiap yang kita katakan keperluan orang Melayu itu perkauman, mana boleh macam tu...jangan dilihat bila Umno memperjuangkan keperluan orang Melayu, sebagai perkauman, ia merupakan tanggungjawab kita sebagai orang Melayu untuk membantu masyarakat kita," katanya.

Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim di dalam blognya bahawa Umno merupakan parti perkauman. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan