Menteri dan Timbalan Menteri MCA sokong Tee Keat dalam isu PKFZ

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua tiga menteri dan tujuh timbalan menteri daripada MCA hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Presiden MCA dalam tindakannya menangani isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dalam satu kenyataan bersama, para menteri dan timbalan menteri itu berkata mereka bersetuju dengan pendirian Ong bahawa kepentingan orang ramai perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian kepada isu itu yang timbul akibat kos penyediaan zon berkenaan yang dilaporkan melambung melebihi RM4 bilion.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan), Datuk Dr Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Dr Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Belia dan sukan), Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Luar) dan Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan).

"Kami beri jaminan kepada Presiden MCA bahawa kami akan berada di belakang beliau," kata kenyataan itu.

Menurut mereka, MCA memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa seperti Ong yang mampu menjadikan MCA sebuah parti yang kuat bagi mengukuhkan lagi Barisan Nasional. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan