H1N1: UiTM Dungun ditutup 10 hari

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun ditutup selama 10 hari berkuatkuasa hari ini berikutan kebimbangan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Dungun Prof Madya Abdul Rahim Ramli berkata penutupan kampus tersebut adalah disebabkan peningkatan keskes influenza di kalangan pelajar UiTM sejak akhir-akhir ini serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar.

"Arahan penutupan kampus UiTM Dungun berkuatkuasa sertamerta sehingga 1 Ogos 2009 itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri setelah mengadakan pemeriksaan di kampus semalam.

"Sehubungan itu, pihak UiTM Dungun telah mengarahkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan supaya beredar dan tidak berada di kawasan kampus untuk tempoh tersebut, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh penutupan kampus berkenaan kerjasama daripada pelajar, kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturanperaturan berikut bagi mengawal penularan wabak pandemik ke dalam komuniti. Menurut Abdul Rahim, bagi pelajarpelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak, mereka diberi dua pilihan iaitu sama ada mengikut rakanrakan pulang ke rumah keluarga ataupun di kuarantin di kawasan kampus.

"Setakat ini, kita masih belum mengadakan sebarang tindakan kuarantin. Bagaimanapun jika ada pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mahu tinggal di kawasan kampus, kita akan kuarantin mereka untuk mengelakkan penularan wabak," katanya.

Beliau berkata sebanyak 10 sampel darah pelajar yang mempunyai tandatanda influenza juga telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Negeri Dr A Rahman Mokhtar berkata seramai 87 pelajar UiTM Dungun telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun semalam kerana mempunyai mengalami simptom seperti demam dan selsema.

"Dua daripada mereka telah dimasukkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut kerana mengidap asma dan hari ini sebanyak 23 kes seperti influenza telah dikesan di kalangan pelajar menyebabkan arahan tutup serta merta telah dikeluarkan," katanya ketika dihubungi. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan