300 pemimpin Umno perintis program latihan

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata seramai 300 pemimpin Umno pelbagai peringkat akan terlibat dalam projek perintis program latihan dan motivasi bagi menerapkan semangat baru di kalangan anggota parti yang akan diadakan bulan depan.

Timbalan Presiden Umno itu berkata program berkenaan akan disertai oleh pemimpin peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan.

"Mereka ini merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program latihan itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Ini peringkat pertama dan penting...harap akan ada perubahan," katanya selepas menghadiri "Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi" di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri itu berkata pemimpin Umno di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat dalam kalangan mereka dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada Umno.

Malah jelasnya pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikannya semalam turut membincangkan mengenai pengurusan latihan berkenaan.

"Perkara ini akan dibincangkan secara terperinci oleh Majlis Tertinggi (MT) agar setiap pemimpin parti diberitahu tentang tugas dan tanggungjawab mereka.

Kita nak lihat impaknya dalam tempoh singkat...dalam dua tahun," katanya.

Mengulas mengenai persidangan peringkat bahagian yang sedang diadakan sekarang, beliau berkata hasil maklum balas yang diperolehi, sudah ada bahagian-bahagian yang membincangkan mengenai pindaan perlembagaan parti.

"Apabila mesyuarat bahagian selesai pertengahan bulan depan, ibu pejabat Umno akan kumpul semua input yang dibincangkan untuk dibawa ke jawatankuasa pindaan perlembagaan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kemudiannya akan dirujuk ke Jawatankuasa Pengurusan parti sebelum dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung Umno pada hujung tahun ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan