Zaid rendahkan kewibawaan Tengku Razaleigh - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tindakan bekas Menteri Undang-undang yang kini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid Ibrahim mengajak Tengku Razaleigh Hamzah menyertai pembangkang sebenarnya cuba merendah-rendahkan kewibawaan veteran Umno itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana Tengku Razaleigh bukan sembarang orang sebaliknya merupakan seorang pejuang parti Umno.

"Beliau menjadi pengasas parti sejak dari dulu lagi, ini macam Zaid merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh, walaupun beliau tidak berjawatan tetapi beliau masih aktif dan cergas (dalam Umno)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia hari ini.

Beliau menegaskan Tengku Razaleigh merupakan satu daripada sebab Umno mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lepas apabila calon Barisan Nasional (BN) kalah tipis dengan majoriti 65 undi kepada PAS.

"Jadi saya fikir, Zaid kena hormatlah, dia sudah masuk PKR tidak mengapa," katanya mengulas pelawaan Zaid supaya tokoh politik tersohor Umno itu yang juga anggota Parlimen Gua Musang menyertai parti pembangkang yang dibuat melalui blognya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut ditanya sama ada kakitangan kerajaan sudah hilang integriti apabila terlibat dalam kegiatan jenayah seperti kes tangkapan sembilan kakitangan Jabatan Imigresen di Johor semalam atas dakwaan terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Muhyiddin berkata kes itu tidak sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada prestasi kakitangan kerajaan yang lain, malahan penilaian prestasi serta kepercayaan orang ramai terhadap kepada mereka harus dibuat secara berterusan.

Katanya negara sudahpun mempunyai Institut Integriti Nasional yang memandu kakitangan kerajaan meningkatkan kecekapan serta tanggungjawab mereka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan