Wanita MCA gesa daftar anak Teoh atas nama bapanya

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita MCA hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri memberi kebenaran supaya Teoh Beng Hock didaftarkan sebagai bapa kepada anaknya yang masih dalam kandungan.

Ketua pergerakan itu Datin Paduka Chew Mei Fun berkata anak Teoh sepatutnya didaftarkan atas nama Teoh sebaik sahaja dilahirkan berdasarkan kepada keadaan yang menyelubungi kematiannya dan atas dasar kemanusiaan.

"Ini satu ketidakadilan kepada anak yang belum dilahirkan itu untuk didaftarkan atas nama ibunya memandangkan anak yang tidak berdosa akan menanggung aib sepanjang hayatnya kerana dikenali sebagai anak luar nikah ibunya dan bukan sebagai anak kepada kedua-dua ibu bapa," kata Chew dalam satu kenyataan pada Rabu.

Teoh, 30, pembantu politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lepas setelah memberi kenyataan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14.

Tunangnya, Soh Cher Wei sedang hamil dua bulan.

Chew berkata pasangan itu telah pun memaklumkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai bahawa mereka akan mendaftarkan perkahwinan pada 17 Julai. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan