Pro-ISA sah adakan perhimpunan di KL 1 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli mengesahkan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pro-ISA di ibu negara 1 Ogos ini.

Keputusan itu dicapai pada satu mesyuarat malam tadi.

"Kami mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Perhimpunan mereka akan berlangsung di Dataran Merdeka kira-kira 12 tengah hari.

Mohd. Jurit berkata, pihaknya akan menyampaikan memorandum kepada kerajaan meminta agar ISA dikekalkan.

Kata beliau, perhimpunan itu dianjurkan untuk menunjukkan bahawa bukan semua rakyat yang mahukan ISA dimansuhkan.

"Kami akan meminta kerajaan mengekalkan ISA dikekalkan, tapi dibuat pengubahsuaian mengikut keadaan semasa. Kita di negara yang penduduknya pelbagai kaum memerlukan ISA," katanya.

Kata beliau, walaupun tidak mendapat keluluskan polis pihaknya akan meneruskan perhimpunan ini.

Semalam beliau memberitahu mStar Online bahawa pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan aman menyokong kerajaan mengekalkan ISA.

Di sebelah lain Gerakan Mansuh ISA (GMI) pula mahu kerajaan memansuhkan sama sekali ISA.

Gerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama mulai pukul 2 petang.

Bagaimanapun kedua-dua pertubuhan itu belum memperoleh kelulusan polis untuk menganjurkan perhimpunan masing-masing setakat hari ini.

Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi mengesahkan perhimpunan sebelah pihaknya yang akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan "Deklarasi Rakyat".

"Kami akan berhimpun di tiga lokasi iaitu di pekarangan pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

"Dari sana kami akan berarak ke Istana Negara untuk sampaikan Deklarasi Rakyat meliputi tiga perkara," kata beliau semalam.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan