Polis kecewa exco Selangor enggan beri keterangan

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata beliau kecewa dengan tindakan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

"Beliau menyuruh kita datang ke pejabatnya pada pukul 3 petang tetapi apabila pegawai kita pergi ke sana, kita diminta pula untuk menunggu hingga pukul 6 petang.

"Apabila sudah pukul 6 petang, exco itu enggan memberikan keterangan dengan alasan Menteri Besar Selangor memaklumkan kepadanya bahawa percakapan saksi tidak boleh dirakamkan selepas pukul 6 petang.

"Tidak ada undang-undang yang melarang polis merakamkan percakapan dan mengambil keterangan saksi selepas pukul 6 petang," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah syarikat peti keselamatan deposit di kompleks beli belah The Summit dekat sini hari ini.

Sehingga malam tadi, 45 individu termasuk Anggota Dewan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah, M.Manoharan, telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kematian Teoh, yang ditemui terjatuh dari Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor pada Khamis lepas.

Khalid berkata keterangan daripada Yong amat perlu bagi mempercepatkan siasatan polis mengenai kematian Teoh.

"Saya kecewa...semua pihak gesa kita untuk menyegerakan siasatan tetapi kenapa beliau pula seperti sengaja melambat-lambatkan siasatan kita.

"Saya mahu beliau kotakan janji untuk memberi keterangannya hari ini namun jika beliau masih berdegil kita terpaksa memaksanya berbuat demikian," katanya.

Khalid berkata dua pakar patologi yang melakukan bedah siasat mayat Teoh melawat semula tempat kejadian pagi tadi bagi membuat "lakonan semula" dengan menjatuhkan patung untuk mengkaji impaknya.

Katanya, pakar forensik juga akan membuat pemeriksaan di tingkap tingkat 14 bangunan itu yang menempatkan pejabat SPRM bagi mengetahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan penutup tingkap yang ditemui di sekitar kawasan itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan