Pemilihan Umno: Kriteria khas ganti sistem kuota

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno mengesyorkan agar sistem kuota dihapuskan, sebaliknya digantikan dengan kriteria-kriteria khas bagi membolehkan seseorang ahli layak bertanding jawatan utama peringkat pusat parti itu.

Ia merupakan antara 10 perkara yang disediakan sebagai draf oleh Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan kepada bahagian untuk memberikan input masing-masing sebelum 16 Ogos ini.

Berdasarkan kepada Fasal 9.5 Perlembagaan Umno sekarang, ahli-ahli yang ingin bertanding jawatan peringkt pusat perlu memenuhi kriteria sistem kuota.

Sistem kuota diamalkan sejak dua dekad yang lalu.

Ia disebut menjadi punca kepada meningkatnya gejala politik wang dalam pemilihan parti.

Mengenai pemilihan ahli Majlis Tertinggi, draf cadangan konsep yang dikemukakan menyebut bahawa pemilihan ahli majlis akandiadakan berasingan daripada pemilihan jawatankuasa bahagian dan cawangan.

Sehubungan itu hari khas yang dikenali sebagai "Hari Pemilihan Umno" disediakan untuk mengadakan pemilihan serentak di semua 191 bahagian.

"Satu hari akan ditetapkan sebagai Hari Pemilihan Umno oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno setelah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi dan ia akan dijalankan secara serentak di kesemua 191 bahagian," kata draf cadangan konsep pemilihan yang diperoleh mStar Online.

Persidangan peringkat bahagian yang bermula Khamis lalu kini sedang membahaskan draf konsep itu.

Bahagian-bahagian mempunyai masa selama sebulan untuk memberikan pandangan balas masing-masing dalam bentuk usul.

Selain itu, Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan juga mengesyorkan agar pemilihan jawatankuasa bahagian diadakan terlebih dahulu dari jawatankuasa cawangan yang akan dijalankan semasa mesyuarat cawangan.

Perkara-perkara lain yang disyorkan Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan ialah:

Yuran Tahunan dan Yuran Seumur Hidup:

(i) Yuran pendaftaran ahli baru dipinda kepada yuran seumur hidup

(ii) Bagi ahli-ahli lama diberi tempoh tiga tahun untuk menjadi ahli seumur hidup. Ia dianggap sebagai proses pemutihan

Kuorum atau cukup bilangan persidangan:

Cawangan

(i) Ahli cawangan lebih daripada 100 orang cukup bilang ialah satu perempat daripada ahli berbayar yuran

(ii) Ahli cawangan kurang daripada 100 orang kuorumnya ialah 25 orang atau 25 peratus

Pergerakan sayap:

(i) Jumlah kuorum atau cukup bilang adalah 25 orang daripada ahli berbayar yuran

Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian termasuk di semua peringkat pergerakan sayap:

(i) Presiden berhak untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jawatankuasa ini

(ii) Ahli-ahli jawatankuasa ditentukan oleh Pengerusi yang akan dicadangkan oleh Badan Perhubungan Negeri

Wakil calon:

(i) Dilantik oleh calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding

(ii) Hendaklah didaftarkan dengan Jawatankuasa Pemilihan Umno semasa hari penamaan calon

Hari penamaan calon:

Calon yang ingin menawarkan diri bertanding perlu mendaftarkan diri dengan Jawatankuasa Pemilihan Umno sebelum proses pemilihan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi

(i) Pencalonan peringkat Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pusat akan dibuat di Ibu Pejabat Umno (Jawatankuasa Pemilihan Umno Pusat)

(ii) Pencalonan peringkat Jawatankuasa Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian dibuat di Badan Perhubungan Umno Negeri (Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri)

Pendaftaran Keahlian:

Borang permohonan menjadi ahli boleh diterima dan ditandatangani oleh Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Caangan termasuk permohonan yang dilakukan secara online

Hak ahli:

Meminda hal ahli di bawah Fasal 6.3.4

Had umur Pergerakan Puteri Umno:

(i) Ahli Pergerakan Puteri - Had umur ahli Pergerakan Puteri Umno dinaikkan kepada 40 tahun yang dikira pada 1 Januari tahun berkenaan

(ii) Ketua Pergerakan Puteri - Had umur untuk jawatan Ketua Pergerakan Puteri dinaikkan kepada 45 tahun

Minggu lalu, Setiausaha Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika dihubungi menjelaskan, kesemua 191 bahagian melalui Badan Perhubungan Negeri masing-masing telah diberikan panduan mengenai aspek yang bakal dipinda.

Setiap bahagian boleh memberikan pandangan masing-masing mengenai aspek pindaan yang telah diberikan kepada mereka, kata beliau.

Setiap bahagian boleh menyatakan pendirian masing-masing dan jika ada bahagian yang ingin menambah perkara yang dirasakan perlu, ia boleh diberikan dalam bentuk usul.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan