Suhakam siasat kematian Teoh

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat dengan terperinci kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock Khamis lepas, kata Pesuruhjayanya Datuk N. Siva Subramaniam.

Beliau berkata, siasatan itu meliputi dakwaan beberapa individu yang mereka dicederakan anggota polis ketika berdemonstrasi Jumaat lepas di hadapan Plaza Masalam di mana Teoh dijumpai mati tertiarap.

"Suhakam akan menjalankan siasatan bebas terhadap keduadua kejadian ini dan segala keputusan sama ada inkuiri awam dibuat akan diketahui selepas mesyuarat kami diadakan bulan hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada beberapa individu yang mendakwa dicederakan polis semasa demonstrasi berkenaan di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Siva berkata, hak asasi orang awam perlu dikekalkan dan dipatuhi ketika penyiasatan dilakukan mana-mana badan atau pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

Menurut Konvensyen Terhadap Penderaan dan Kekejaman Lain, Tidak Berperikemanusiaan atau Layanan Buruk atau Hukuman, penderaan membabitkan apaapa tindakan dikenakan terhadap seseorang bagi mendapatkan daripadanya atau orang ketiga maklumat atau keterangan dengan izin atau persetujuan daripada seorang pegawai awam atau individu lain yang bertindak dalam kapasiti rasminya.

Teoh, 30, ditemui mati pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan