Serah Anwar dokumen: Tangguh laksana keputusan didengar esok

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan pendakwaan bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan dokumen yang diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar esok.

Ia dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 9 pagi.

S.M Nair, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, ketika dihubungi mengesahkan bahawa firmanya (S.N.Nair & Partners) menerima surat berhubung perkara itu daripada mahkamah menerusi faks, pagi ini.

Pada 2 petang semalam, pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan.

Turut difailkan ialah perakuan segera agar kes itu didengar secepat mungkin.

Pada 16 Julai, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari.

Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

Bagaimanapun, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu untuk mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas memutuskan bahawa sampel itu telah pun disita oleh ahli kimia dan pihak pembelaan boleh memeriksanya setelah dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 24 Julai untuk sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar tuntutan pendakwa raya untuk menangguhkan pelaksanaan perintah agar menyerahkan sebahagian besar dokumen bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Semalam pihak pendakwaan memfailkan notis usul memohon penangguhan tersebut.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pihak pendakwaan menyediakan dokumen berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebelum perbicaraan kes liwat tersebut bermula.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan