MCA mahu kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mahu kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi memastikan siasatan kes kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock dibuat secara telus, profesional dan tidak diragui rakyat.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ir Wong Foon Meng berkata MCA akan membawa saranan itu kepada kerajaan dan kepimpinan tertinggi negara tidak lama lagi

Sehubungan itu, Wong yang juga Yang Dipertua Dewan Negara yang baru berkata, usul itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet yang akan datang dan mungkin akan dimaklumkan kepada kepimpinan negara lebih awal lagi.

"Kita memahami apa yang berlaku di atas mendiang Beng Hock dan kita berpendapat kematiannya perlu disiasat dengan cara yang sebaik mungkin, setelus mungkin.

"Sehubungan itu, MCA beranggapan adalah lebih baik kes ini disiasat oleh satu suruhanjaya penyiasatan khas yang boleh diterima semua," katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Wong sebelum itu menerima kunjungan Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Barety dan diikuti Duta Besar Korea Utara, Pak Ryong Yun.

Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor Khamis lepas, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan exco kerajaan negeri Selangor.

Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga berkata empat wakil parti itu dalam Kabinet akan mendesak bagi penubuhan suruhanjaya itu.

Sementara itu, MIC akan menyokong gesaan MCA bagi penubuhan suruhanjaya itu, kata presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya wakil MIC dalam Kabinet, Datuk Dr S.Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, akan diminta menyokong cadangan MCA itu pada mesyuarat Kabinet akan datang. "Kami akan menyokong cadangan itu kerana kami mahu keadilan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini.

Samy Vellu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh.

"Ia kejadian yang amat malang dan kami berharap melalui penubuhan suruhanjaya itu, kebenaran akan terbukti," katanya dan menurutnya semua pihak perlu berhenti menunding jari kepada manamana pihak sehingga penyiasatan polis selesai.

Sementara itu, Dr. Subramaniam berkata beliau akan melaksanakan arahan persiden parti.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata Kabinet akan membincangkan penubuhan suruhanjaya itu pada mesyuaratnya akan datang manakala polis akan meneruskan siasatan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan