Kematian Teoh: Polis beri PM taklimat 30 minit

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebentar tadi diberi taklimat berhubung kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di sini.

Taklimat diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita beri taklimat tentang kes ini dari semua aspek," kata beliau kepada media.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan reaksi Najib yang juga Menteri Kewangan berhubung taklimat itu.

"Itu (reaksi) kena tanya beliau," katanya.

Taklimat berlangsung kira-kira setengah jam. Najib tiba di KLIA kira-kira pukul 11.15 pagi.

Turut hadir pada sesi taklimat ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga hadir sama.

Najib tiba di KLIA selepas mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dan menghadiri sidang Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Mesir.

Sehingga semalam pelbagai reaksi diterima dari beberapa pihak meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi meneliti punca kematian Teoh.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, saranan itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam Khamis lalu selepas menghadiri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Terdahulu, Musa ketika ditemui media berkata, pihaknya yakin siasatan kematian Teoh boleh diselesaikan dalam beberapa hari lagi.

"... akan selesai dalam waktu terdekat," katanya.

Setakat ini 33 saksi telah membantu siasatan manakala siasatan sudah selesai 60 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta tiada pihak yang menimbulkan ketegangan atau memutarbelitkan fakta berhubung insiden tersebut.

"Kita sedang jalankan siasatan. Kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul," kata beliau.

Musa berkata, jika ada pihak yang menimbulkan ketegangan, polis akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sewajarnya untuk bertindak.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan