Anwar buat laporan polis terhadap Peguam Negara dan KPN

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat dua laporan polis, masing-masing terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar ditemani peguamnya R. Sivarasa membuat laporan polis itu di Balai Polis Damansara Utama, Petaling Jaya petang ini.

Beliau membuat laporan polis kerana mendakwa terdapat kenyataan palsu dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwat terhadapnya dan berkaitan kes mata lebamnya pada 1998.

Anwar, 65, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun tahun lepas.

Dalam insiden kes mata lebamnya pula, beliau mendakwa Abdul Gani dan Musa memalsukan bukti atau keterangan siasatan kes itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan