40 orang awam akan dipanggil bantu siasatan kematian Teoh

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 40 orang awam lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock dalam masa terdekat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sehingga semalam polis telah mengambil keterangan daripada 33 individu termasuk 25 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Buat masa ini seramai 33 orang telah kita ambil keterangan dan kini ada 40 orang lagi yang sudah dikenalpasti untuk diambil keterangan.

"Kita mahu soalan-soalan yang ditanya dan dipersoalkan oleh orang awam terjawab.

"Sebelum ini siasatan kita menjurus kepada bangunan, bilik siasatan dan lokasi mayat mendiang ditemui dan kali ini kita akan menambah siasatan daripada keterangan mereka bersama dua lagi Anggota Dewan Undangan Negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini.

Hishammuddin turut memberi jaminan bahawa kes tersebut akan disiasat secara telus dan profesional hingga ke lubang cacing dan mengingatkan kepada manamana pihak agar tidak mencetuskan ketegangan dengan memutar belitkan fakta kes kematiannya.

Hishammuddin berkata beliau akan melaporkan perkembangan siasatan kes tersebut kepada mesyuarat jemaah menteri esok.

"Kita tengok nanti apa kata jemaah menteri. Namun saya secara peribadi melihat apa yang dilakukan pihak polis amat cukup teliti dan saya beri keyakinan dan jaminan siasatan yang dilakukan telus dan profesional. Saya sendiri mahu kes tersebut dapat disesaikan dengan segera, rapi dan teliti.

"Saya juga sedih tetapi biarkan pihak berkenaan jalankan tugas tanpa ada rasa syak wasangka atau diputarbelitkan fakta oleh pihak tidak bertanggungjawab.. kadang-kadang perkara negatif yang digembar-gemburkan tidak berasas," katanya.

Beliau berkata jika selepas siasatan kes itu selesai namun masih wujud 'soalan-soalan yang perlu dijawab' maka saluran alternatif lain akan digunakan bagi meyakinkan masyarakat dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

"Saya sendiri memantau siasatan polis terhadap kes ini, saya tidak mahu ada perkara yang masih menjadi tanda tanya, kita hanya mahu kebenaran dan keadilan untuk mendiang dan keluarganya justeru kita harap masyarakat boleh tunggu hingga siasatan selesai," katanya.

Teoh, 30, ditemui mati pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri barubaru ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan