Malaysia tidak boleh bergantung kejayaan lalu - Najib

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata pentadbirannya memperkenalkan pembaharuan dari segi dasar dan pendekatan kerana Malaysia tidak boleh bergantung semata-mata kepada kejayaan yang dicapai selama ini.

Perdana Menteri berkata pembaharuan itu tidak lari daripada matlamat untuk menjadikan negara ini negara maju tetapi strategi dan taktiknya disesuaikan dengan cabaran baru dan persekitaran yang berubah sekarang.

"Negara yang tidak lakukan pembaharuan akan berada dalam keadaan statik," katanya pada majlis perjumpaan dengan rakyat Malaysia di sebuah hotel di sini.

Malaysia, katanya, tidak boleh berasa selesa dengan kedudukannya sekarang walaupun pelbagai kejayaan telah dicapai setakat ini.

"Kita tidak boleh berada di zon selesa dan menganggap 'business as usual' sahaja," katanya.

Najib berkata model ekonomi baru yang diperkenalkannya adalah untuk membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dalam usahanya untuk mencapai negara maju.

Sehubungan itu, unsur-unsur inovasi dan nilai tambah yang tinggi perlu diterapkan dalam mencapai matlamat itu, katanya.

"Kita perlu cari syarikat yang boleh menjadi regional dan global champion (juara serantau dan global)," katanya.

Najib dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini yang dijadual berakhir semalam.

Bagaimanapun Perdana Menteri akan menyambung sehari lagi lawatan itu ke negara ini dan dijadual pulang hari ini.

Beliau akan berhenti seketika di Abu Dhabi hari ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Di Abu Dhabi, Najib dijadual bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan pertemuan itu adalah atas jemputan peribadi putera mahkota itu.

Program Perdana Menteri semalam termasuk meninjau kemudahan jemaah haji di Mekah serta menerima kunjungan Pengerusi dan Presiden Bank Pembangunan Islam (IDB) Dr Ahmad Mohammed Ali di sini.

Najib juga berdialog dengan wakilwakil Malaysia di Sekretariat Persidangan Negara Islam yang beribupejabat di sini, wakil Malaysia di IDb, wakil Kelab MalaysiaJeddah dan wakil Majlis Perniagaan MalaysiaArab Saudi, kesemuanya di sini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan