Dr. Mohd. Puad Zarkashi bimbang wujud generasi "mati sebelah tubuh"

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Kewujudan generasi "mati sebelah tubuh" yang berpunca daripada ketaksuban para pelajar yang hanya berjuang untuk lulus peperiksaan akan merugikan negara, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, sikap pelajar menjadi "ulat buku" tanpa mengambil kira kepentingan kokurikulum perlu dihentikan supaya mereka tidak dianggap mati sebelah tubuh.

"Jika diibaratkan mati sebelah tubuh, mereka hanya dapat gunakan separuh anggota tubuh. Contohnya, mata ada dua tapi hanya dapat guna satu sahaja," katanya.

Sikap kumpulan pelajar seperti itu banyak didorong ibu bapa mereka supaya lebih mengutamakan kecemerlangan akademik tanpa memikirkan kepentingan kokurikulum, katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2009 (KAKOM 2009) di Kolej Matrikulasi Perlis di sini malam tadi.

Beliau berharap para pelajar tidak lagi mengabaikan kokurikulum yang kini menjadi sebahagian daripada asas pemilihan untuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya kegiatan kokurikulum kini menjadi asas penilaian penting dan para pelajar matrikulasi juga telah diterap dengan semangat menyeimbangi keperluan akademik dan kokurikulum.

Puad berkata sejak 2003 sehingga tahun lalu, sebanyak 97,817 pelajar Melayu dan 9,743 bukan Melayu telah menyertai sembilan kolej matrikulasi di seluruh negara.

Mereka telah didedahkan dengan kegiatankegiatan kokurikulum dan kebolehan mereka antara lain dipaparkan pada KAKOM.

Sementara itu, pelbagai acara berlangsung sepanjang karnival lima hari yang disertai lebih 1,000 peserta itu termasuk sukan, kesenian dan pidato. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan