UPSR tetap akan diteruskan - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan belum membuat keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun ia dilihat tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan negara yang dinamik, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata UPSR masih boleh digunakan sebagai asas penilaian tetapi dengan sedikit pengubahsuaian terhadap peperiksaan itu dari segi kepentingannya.

"Mungkin kepentingannya dikurangkan daripada 100 kepada 30 atau 40 peratus. Yang lain akan ambil kira pelajaran sejarah. Jadi, tidaklah lari daripada apa yang sedang dilaksanakan.

"Transformasi akan dilakukan terhadap UPSR dengan memasukkan elemen lain seperti mata pelajaran Sejarah sebagai kayu pengukur bagi menilai prestasi murid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang mencadangkan supaya UPSR yang tidak lagi relevan pada masa ini dimansuhkan.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dilaporkan sebagai berkata UPSR perlu dimansuhkan kerana ia didapati tidak fokus kepada pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran.

Beliau berkata peperiksaan itu sebaliknya menjadi medium persaingan murid-murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh dengan hanya menumpukan kepada lima mata pelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya sedang mengambil pendekatan baru dari segi menilai prestasi pelajar secara holistik menerusi apa yang dipanggil sistem berasaskan sekolah, yang sedang disusun oleh kementeriannya.

"Kita nak melaksanakan umpamanya bagaimana nak mengelakkan sistem pelajaran kita terlalu berorientasikan peperiksaan...kita nak melihat pendekatan secara lebih seimbang," katanya sambil menambah akan mengambil kira pandangan Razali mengenai isu UPSR.

Sementara itu, Muhyiddin juga mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat Indonesia serta mangsa-mangsa warganegara yang terkorban dan tercedera dalam tragedi pengeboman di dua hotel di Jakarta, Ritz Carlton dan JW Marriot, baru-baru ini.

Katanya kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi tidak membiarkan keganasan seumpama itu berlaku, lebih-lebih lagi yang mengorbankan nyawa.

Beliau berkata Malaysia akan bekerjasama dengan republik itu dalam mengatasi isu berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan