Majlis Peguam juga mahu Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, K. Ragunath mengumumkan pendirian pihaknya berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Di sebelah kanan beliau ialah Setiausahanya, George Varughese.
PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, K. Ragunath mengumumkan pendirian pihaknya berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Di sebelah kanan beliau ialah Setiausahanya, George Varughese.

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Shah Alam Khamis lalu.

Sambil menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh pagi kelmarin bahawa kerajaan akan membincangkan kewajaran mengadakan Suruhanjaya Diraja minggu depan, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath berkata:

"Kami menyambut baik (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) dan kami berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan."

Majlis Peguam mengadakan mesyuarat pagi ini untuk memutuskan pendirian meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya seumpama itu.

"Kami meminta kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat keadaan-keadaan yang membawa kepada kematian Teoh dan mengkaji semula protokol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan soal siasat dan teknik siasatan," kata beliau.

Semalam, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Muhyiddin memberitahu, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya.

Pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Khamis lalu, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor.

Kematian Teoh menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

GANTUNG TUGAS

Mengulas lanjut pendirian Majlis Peguam dalam isu kematian Teoh, Ragunath berkata, kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam urusan soal siasat Teoh pada Rabu dan kelmarin harus digantung tugas serta merta.

"Kesemua pegawai yang berhubungan dengan Teoh perlu disoal siasat untuk menyediakan laporan terperinci akauntabiliti untuk mengetahui kedudukan dan kebajikannya.

"Kertas siasatan, diari, buku log juga perlu dirampas bagi mengelakkan dakwaan diusik," kata beliau sambil menambah, usaha perlu diambil bagi menghentikan kematian mana-mana suspek dan saksi ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Kami berharap ini (kematian Teoh) menjadi yang terakhir," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM menyoal siasat Teoh sehingga awal pagi sedangkan Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 menyebut bahawa mereka yang ditahan tidak boleh disoal siasat antara 6.30 petang dan 6.30 pagi keesokan hari.

Malah kata beliau, pihaknya juga kecewa kerana Teoh tidak diberikan akses kepada khidmat guaman semasa disoal siasat.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan