Isu sengketa PAS-DAP-PKR hanya untuk dapat perhatian

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan lakonan pemimpin DAP, PAS dan PKR yang sejak akhir-akhir ini mempamerkan wujud perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik untuk mendapat perhatian rakyat. Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata ini dapat dilihat dalam kes perobohan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya, Alor Setar oleh kerajaan negeri Kedah.

Berikutan itu DAP negeri mengumumkan keluar dari pakatan pembangkang negeri itu, tetapi akhirnya menarik balik keputusan itu setelah perbincangan antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Taktik bergaduh sesama mereka dapat juga dilihat di Selangor apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Exco Negeri, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Serdang di sini hari ini.

Beliau berkata inilah cara digunakan pembangkang agar rakyat tidak mempersoalkan apa yang mereka telah buat, dan apabila terjadi perkara seperti, Umno diminta memberi respon dan berkata "Oh mereka adalah pakatan yang rapuh dan telah berpecah."

"Tetapi selepas itu mereka masuk semula (bersatu). Kalau mereka tak buat macam ini, mereka tak ada modal nak buat. Jadi kalau tidak pun, mereka akan salahkan BN (Barisan Nasional)," katanya.

"Jadi kita (anggota Umno) jangan mudah terpedaya. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk rakyat dan hanya menggunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pada sidang media kemudiannya, beliau berkata Pemuda Umno kini masih menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda PAS mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.

Razali berkata Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.

Menyentuh cadangannya supaya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan, Razali berkata perkara itu bagaimanapun perlu mendapat maklum balas daripada ibu bapa pelajar terlebih dahulu.

UPSR diperkenalkan pada 1987 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima dan antara mata pelajaran utama dalam UPSR ialah Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan