Hishammuddin harap suara akar umbi dapat dikumpul tentang pindaan perlembagaan Umno

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berharap pelbagai cadangan berhubung pindaan perlembagaan parti itu dari suara akar umbi dapat dikumpulkan menerusi semua Umno bahagian yang memulakan mesyuarat di seluruh negara.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata pandangan dari akar umbi amat penting supaya pindaan terhadap perlembagaan kelak tidak menimbulkan sebarang rasa kurang puas hati. "Saya percaya mesyuarat yang mula berlangsung ini dapat mengumpulkan pelbagai pandangan dari akar umbi supaya akar umbi dapat terlibat secara langsung. Saya suka cara ini kerana kadang-kadang ada keputusan sebelum ini yang tidak menggambarkan keputusan akar umbi yang kemudian menimbulkan kemarahan dari mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sembrong, di Taman Sri Lambak, di sini, hari ini.

Hishammuddin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sembrong berkata pandangan mengenai pindaan perlembagaan yang merangkumi cadangan pemansuhan sistem kuota pencalonan bagi pemilihan Umno akan diputuskan pada satu mesyuarat khas sebelum dibawa ke perhimpunan agung khas pada 13 Okt, untuk diluluskan.

Beliau berkata setakat ini pihaknya menerima maklum balas yang cukup baik mengenai pengumpulan cadangan pindaan itu dalam memberikan manfaat kepada akar umbi dan generasi baru Umno. Tujuh perkara dalam draf pindaan itu antaranya berkaitan dengan perluasan pemilihan jawatan dalam parti, sistem kuota, pembabitan Badan Bukan Kerajaan (NGO), jumlah kehadiran mesyuarat, pendaftaran keahlian, hak ahli dan yuran keahlian.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 24 April lepas bersetuju untuk meminda perlembagaan parti iaitu yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan parti supaya lebih telus, terbuka dan demokratik pada perhimpunan agung khas pada 13 Okt depan.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa supaya memperketat pengawasan keselamatan di kedutaan asing di negara ini ekoran serangan dua hotel ternama di Jakarta, Indonesia terutama beberapa kedutaan yang melaporkan menerima ancaman dan ugutan sebelum kejadian serangan terbabit.

"Saya sudah arahkan di kedutaan dan lokasi tertentu di negara ini supaya pihak berkuasa mengawasi keselamatan. Ada kawalan juga sudah dilakukan bertahuntahun cuma kita tidak dedahkan kerana ianya menjejaskan pemantauan dan keselamatan. "Saya akan tengok kedutaan yang jelas ada menerima ugutan dan dalam masa yang sama, kita bekerjasama dengan negara jiran bagi tangani perkara ini ," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan