Hindraf kecewa sikap Pakatan Rakyat?

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KECEWA...  Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar dengan berlatarbelakangkan buku beliau berjudul Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang menggariskan perjalanan wawasan politik pihaknya selepas ia diharamkan tahun lalu dan lima pemimpin Hindraf dibebaskan baru-baru ini. Buku itu dilancarkan di Klang pagi tadi. Beliau juga mengumumkan penubuhan Parti Hak Asasi Manusia. AP
KECEWA... Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar dengan berlatarbelakangkan buku beliau berjudul Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang menggariskan perjalanan wawasan politik pihaknya selepas ia diharamkan tahun lalu dan lima pemimpin Hindraf dibebaskan baru-baru ini. Buku itu dilancarkan di Klang pagi tadi. Beliau juga mengumumkan penubuhan Parti Hak Asasi Manusia. AP

KLANG: Harapan terhadap PKR, DAP dan PAS berkecai! Ini sebahagian daripada luahan perasaan pemimpin pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar dalam tulisannya yang dikeluarkan dalam bentuk buku setebal 114 halaman hari ini.

Kata beliau, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu kini mula mengabaikan kepentingan masyarakat India kerana dilihat sudah tiada kekuatan politik.

"Inilah hakikat politik yang kita lalui sekarang," kata beliau dalam bukunya bertajuk Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang dilancarkan sempena pengumuman penubuhan Parti Hak Asasi Manusia.

Kandungan buku itu dihasilkan ketika beliau berada dalam tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 514 hari di Kamunting, Taiping.

"Adalah jelas dan ketara bahawa apa yang PKR, DAP dan PAS mahukan daripada kita ialah hanya undi semata-mata.

"Ahli politik adalah ahli politik! Sejauh mana bezanya lima kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS berbanding bekas kerajaan negeri diterajui Umno ataupun kerajaan pusat Umno bagi (kepentingan) masyarakat India?" katanya.

Beliau memuatkan kekecewaan dengan prestasi Pakatan Rakyat yang didakwa tidak membantu masyarakat India dalam 10 halaman.

Katanya, selepas pilihan raya umum 2008 ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang sepatutnya dilihat sebagai "parti pelbagai kaum" telah mengabaikan kepentingan masyarakat India.

"Kini kita berhadapan dengan keadaan sebenar dan sudah bersedia untuk bercakap mengenai realiti politik.

"Kita perlu berhadapan dengan fakta ini. Sebagai contoh salah satu daripada 18 perkara yang dituntut ialah kesemua 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kuil, krematorium, lokasi pengebumian dan kawasan setinggan diduduki masyarakat India diberikan tanah kerajaan dan diwartakan dengan sewajarnya," katanya sambil menambah, keadaan sebaliknya berlaku sekarang.

Tambah beliau, "nampaknya PKR, DAP dan PAS tidak berminat untuk menyelesaikan mana-mana perkara yang dituntut itu walaupun beberapa bidang terletak seratus peratus di bawah kerajaan negeri". Hindraf mengadakan perhimpunan di ibu negara dalam usaha mengetengahkan 18 tuntutan itu pada 25 November 2007 - lima bulan sebelum pilihan raya umum ke-12.

Gelombang kemarahan itu digunakan sebagai modal kempen oleh Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan dilihat telah menyumbang kepada prestasi baik pembangkang yang menawan lima kerajaan negeri dan menidakkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan