Pakar patologi dijanjikan MB Selangor tidak muncul

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pakar patologi yang dijanjikan oleh Kerajaan Selangor untuk membantu menjalankan bedah siasat ke atas mayat setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor, Teoh Beng Hock tidak muncul di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam.

Sebaliknya, bedah siasat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi itu hanya dilakukan oleh pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. N. Prashant dan seorang lagi pakar patologi dari HTAR. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di sini kelmarin memberi jaminan untuk melantik pakar patologi dari Pusat Perubatan Sime Darby (sebelum ini Pusat Perubatan Subang Jaya) bagi membantu menjalankan bedah siasat ke atas mayat Beng Hock.

Menurut seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri telah meminta khidmat empat pakar patologi, dua dari Pusat Perubatan Sime Darby dan dua lagi dari hospital swasta lain tetapi khidmat mereka telah digunakan oleh pihak polis untuk menjalankan bedah siasat ke atas kes lain.

Pegawai itu ketika dihubungi kira-kira pukul 5.30 petang tadi berkata, kerajaan negeri masih berusaha mencari pakar patologi lain untuk menjalankan bedah siasat kedua.

Ketika ditanya sama ada keluarga Beng Hock akan memberi kebenaran jika bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat mendiang, abang Beng Hock, Teoh Beng Kee berkata tiada sesiapa menghubungi beliau berhubung perkara itu.

"Tiada sesiapa hubungi saya... saya tidak tahu. Keputusan seperti ini perlu dibuat oleh ibu bapa kami," katanya.

Bedah siasat ke atas mayat Beng Hock berakhir kira-kira pukul 6.25 petang.

Mayatnya kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka dan dijangka dikebumikan di Taman Peringatan Semenyih, Isnin ini.

Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 1.30 tengah hari semalam selepas disoal siasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pejabat SPRM terletak di tingkat 14 plaza berkenaan.

Beng Hock adalah antara saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri oleh beberapa wakil rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan