MU letak barisan mantap tentang pilihan Malaysia petang ini

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG baru Manchester United Michael Owen (kiri) bersama rakan penyerangnya Wayne Rooney (dua kiri ) sama-sama menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. --fotoBERNAMA
PENYERANG baru Manchester United Michael Owen (kiri) bersama rakan penyerangnya Wayne Rooney (dua kiri ) sama-sama menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United (MU) cukup teruja untuk berdepan dengan pilihan Malaysia petang ini.

Perlawanan antara dua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 5.30 petang.

"Ini perlawanan yang cukup menarik. Kami menunggu untuk perlawanan esok. Kami akan letak barisan mantap untuk perlawanan itu," kata pengurus pasukan MU Sir Alex Ferguson pada sidang akhbar di sini.

Beliau mengambil perhatian bahawa tanpa Christiano Ronaldo dan Carlos Teves, beliau akan menggantungkan harapan pada Wayne Rooney sebagai striker.

"Nampaknya, kami ketiadaan Ronaldo, jadi akan cuba dan cari jawapan terhadap kedudukan kami yang luas. Kami juga akan mencuba beberapa perkara semasa di sini," kata Ferguson.

Selain Rooney, Ferguson juga mengharapkan pemain pertahanan tengah Fererico Macheda, Dimitar Berbatov, Paul Scholes, Darron Gibson, Anderson dan juga anggota baru pasukan, Michael Owen.

Di pihak Malaysia, jurulatih K. Rajagobal berkata, ini merupakan satu penghormatan bagi pasukan negara ini bermain menentang pasukan utama Liga Perdana Inggeris.

"Satu penghormatan buat saya dan peluang besar bermain menentang Manchester United. Pemain juga begitu teruja oleh kerana kebanyakan mereka adalah penyokong MU, begitu juga saya.

"Rajagobal seorang pemain kebangsaan ketika menentang MU di sini pada 2001.

"Sekarang saya bertemu mereka lagi, kali ini sebagai jurulatih pasukan".

Di bawah program Asia Tour 2009, Manchester United akan juga bermain menentang Korea Selatan dan China.

Pasukan itu membatalkan kunjungan mereka ke Jakarta untuk bermain menentang pasukan Indonesia pada Isnin, atas sebab-sebab keselamatan selepas beberapa letupan bom yang merosakkan hotelhotel JW Marriott dan RitzCarlton di Jakarta hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan