Kerja pembersihan di blok kediaman UiTM Lendu

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi bagi mengelak jangkitan wabak influenza A(H1N1) akan dijalankan di kesemua 15 blok kediaman Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah, dekat sini ekoran penutupannya selama sembilan hari mulai kelmarin.

Pengarah Kampus UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, usaha pembersihan itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan ekoran penularan wabak A(H1N1) yang membabitkan sembilan pelajar semalam.

Kesemua pelajar yang meninggalkan kampus itu sejak semalam diberi borang status kesihatan bagi membolehkan kementerian memantau perkembangan wabak berkenaan, katanya kepada pemberita di sini.

UiTM Lendu ditutup selama sembilan hari sehingga 24 Julai ini atas arahan Kementerian Kesihatan berikutan penularan wabak influenza A(H1N1) terhadap pelajar yang semakin meningkat.

Kira-kira 5,800 pelajar dan lebih 200 petugas kampus itu diarah meninggalkan kampus berkenaan berikutan arahan itu.

Mizan berkata, pelajar dijangka pulang semula ke kampus pada 25 dan 26 Julai ini sebelum memulakan pengajian pada 27 Julai.

Katanya, pembelajaran yang terpaksa dihentikan selama sembilan hari itu akan diganti pada sesi pengajian waktu malam.

Manakala kegiatan luar dan aktiviti kokurikulum yang tidak penting diarah diabaikan bagi membolehkan pelajar mengantikan semula pembelajaran yang terjejas, katanya.

Beliau juga berkata, pelajar yang masih berada di asrama kampus itu kerana masalah pengangkutan untuk pulang ke kampung diberi tempoh sehingga tengah hari ini untuk meninggalkan kawasan itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan