Kematian Teoh: PM ucap takziah, jamin siasatan menyeluruh

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan bakal isterinya Soh Cher Wei, di atas kematian mendiang Teoh kelmarin.

"Saya rasa amat sedih dan simpati kepada keluarga Teoh dan bakal isterinya apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Madinah.

Beliau berkata, polis akan menyiasat kematian tersebut dengan menyeluruh dan profesional agar semua pihak dapat kepastian apa yang berlaku sebenarnya.

Najib turut meminta agar semua pihak tidak membuat kenyataan atau tuduhan yang boleh mengelirukan masyarakat umum sepanjang proses siasatan dijalankan.

"Kerajaan harap semua pihak akan bertenang dan bersabar sehingga selesai siasatan dibuat," katanya.

Semalam, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan di Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Yong merupakan antara tujuh wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri Selangor yang sedang disiasat SPRM yang turut melakukan serbuan di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan bagi mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri itu dibelanjakan pada Rabu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan