Album Tun Mahathir dilancar 19 Ogos

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ramai yang telah menulis buku mengenai beliau. Ramai juga telah menghasilkan pelbagai nukilan tentang perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bulan depan catatan hidup dan kepimpinan beliau akan muncul dalam album - bertajuk Tun Dr. Mahathir Jasamu Dikenang.

Lirik lagu 'album single' itu dihasilkan oleh Pengasas Terapi Bicara Kendiri Anakbestari, Dr. Nasoha Saabin.

Ia memuatkan satu-satunya lagu itu, yang didendangkan oleh Man Ferow.

Majlis prapelancaran diadakan di ibu negara semalam.

Nasoha berkata, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan lagu berkenaan dengan "niat untuk sukakan Allah semoga perangai memulia dan menghargai pemimpin yang berjasa seperti Tun dapat disemai di hati seluruh rakyat Malaysia."

"Saya menulis lirik ini atas desakan naluri hati saya sendiri dan saya tidak mewakili mana-mana parti sama ada Umno, Keadilan atau PAS ataupun mewakili kumpulan jemaah tabligh.

"Saya membuat usaha ini atau naluri saya sendiri," kata beliau ketika ditemui pada majlis prapelancaran.

Ia akan dilancarkan pada 19 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Ditanya tentang sebab mengambil usaha sedemikian, Nasoha berkata, beliau mahu menyampaikan ciri-ciri positif kepimpinan Dr. Mahathir selama 22 tahun memimpin negara dalam bentuk lagu.

Lagu juga boleh digunakan untuk mendidik seseorang, kata beliau sambil menambah, "saya berharap orang ramai akan memahami lagi Dr. Mahathir melalui album ini."

Album itu akan dijual pada harga RM15 beserta pek khas.

Projek menghasilkan album ini bermula Oktober lalu, kata Pengarah Urusan Octagon Petroleum Technologies Sdn. Bhd., Azdi Abass.

"Proses produksi mengambil masa enam bulan," katanya.

Syarikat itu menaja kos pengeluaran album berkenaan.

Kata beliau, jika sambutannya menggalakkan lagu dan album itu akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris kelak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan