TPM: Usah sebar tuduhan palsu punca kematian pembantu Exco Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak tidak membuat reaksi berlebihan dengan tuduhan-tuduhan palsu berhubung punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Muhyiddin berkata, pihak polis sewajarnya dibiarkan membuat siasatan mereka berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Sehubungan itu katanya, pihak pembangkang tidak harus menuduh SPRM terbabit kerana "ia boleh mencetuskan salah faham."

Oleh itu tegas beliau, polis akan menyiasat kes tersebut secara menyeluruh termasuk menyoal kakitangan SPRM jika perlu.

"Saya percaya mereka akan melakukan tugas mereka dengan menyeluruh. Jika perlu polis akan menyiasat SPRM kerana mereka ada kuasa untuk berbuat demikian," kata Muhyiddin.

"Kita tiada bantahan jika ia (SPRM) disoal siasat," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di pejabatnya di sini hari ini.

"Kita juga mahu semuanya telus dan tiada apa yang akan disembunyikan," katanya.

Teoh dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam semalam.

Mayat Teoh, 30, ditemui dalam keadaan terlangkup kira-kira 1.30 tengah hari.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini. Mengenai tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di luar pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pagi tadi, Muhyiddin berkata, mereka seharusnya menghormati undang-undang dan tidak mengadakan perhimpunan haram.

"Jika mereka terus berhimpun, mereka tidak seharusnya menyalahkan polis yang mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak tidak harus membuat sebarang andaian berhubung kematian Teoh.

Kata beliau, kementeriannya akan membuat siasatan secara telus untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

"Saya masih tidak ada laporan lengkap berkenaan perkara itu, jangan timbulkan sebarang andaian, biar pihak berkuasa yang siasat dari segala aspek untuk mengetahui perkara sebenar," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan