Teoh sepatutnya daftar perkahwinan hari ini

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini semalam sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok (hari ini) dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.

"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian semalam berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.

Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan