Tambang pengangkutan awam seluruh negara naik 1 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini semalam berkata Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas berhenti-henti untuk Kuala Lumpur Zon 1 naik 25 sen kepada antara RM1 dan RM1.10, 40 hingga 45 sen kepada antara RM1.70 dan RM1.90 bagi Zon 2, 50 hingga 60 sen kepada antara RM2.20 dan RM2.50 bagi ZOn 3. Bagi Zon 4, kadarnya naik antara 60 dan 70 sen kepada RM2.70 hingga RM3.10.

Bagi kawasan di luar Kuala Lumpur, kenaikannya ialah 14 sen kepada 62 sen bagi dua km pertama bagi bas tanpa hawa dingin dan 22 sen kepada 94 sen bagi dua km pertama untuk bas berhawa dingin. Kadar kenaikan bagi setiap km berikutnya bagi kedua-dua kategori ialah 2.2 sen.

Sebagai tambahan, OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhentihenti itu diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Bagi bas mini pula, kenaikan ialah 20 sen, menjadikannya 90 sen satu arah perjalanan bagi bas tanpa hawa dingin dan RM1 satu arah perjalanan bagi bas berhawa dingin, sementara kadar tambang bas pengantara akan dinaikkan 10 sen menjadikannya 60 sen bagi setiap pusingan perjalanan.

Tambang bagi teksi bagi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka akan naik RM1 kepada RM3 untuk satu km pertama. Caj bagi 115 meter berikutnya ialah 10 sen.

Tambang teksi yang beroperasi di Pulau Pinang juga naik RM1 kepada RM4 mulai 1 Ogos dan setiap 115 meter berikutnya akan dicaj 10sen.

Caj bagi lebih daripada dua orang penumpang dan caj meletak barangan di dalam but juga dimansuhkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Caj bagi teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kos Rendah (LCCT) akan dinaikkan sebanyak RM3.20 manakala caj ke lapangan terbang lain dinaikkan antara RM1.50 dan RM2.80.

Kadar tambang baru bagi kereta sewa ialah 10.1sen menjadikannya 21.6 sen setiap km (tidak berhawa dingin) dan kenaikan 11.7 sen kepada 25 sen bagi setiap km (berhawa dingin).

Perkhidmatan bas sekolah di bandar juga akan menyaksikan kenaikan bulanan RM6.33 menjadikannya RM27.43 bagi km pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya. Kadar hariannya pula ialah 62 sen untuk satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Bagi kadar bas sekolah di luar bandar, ia naik RM4.76 kepada RM20.61 untuk satu km pertama dan RM2.02 untuk setiap km berikutnya bagi kadar bulanan, manakala kadar harian baru ialah 47 sen bagi satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Di Sarawak, kadar bas ekspres naik dua sen kepada 13 sen setiap km, manakala bagi bas berhenti-henti, kadar barunya ialah masingmasing 85 sen (tanpa hawa dingin) dan RM1.04 (berhawa dingin) bagi tiga km pertama dan 16.2 sen dan 18 sen untuk km berikutnya bagi keduadua kategori.

Tambang bas sekolah di negeri ini (Sarawak) akan dinaikkan dua sen, menjadikannya 11 sen setiap km bagi yang tidak berhawa dingin dan 12 sen setiap km bagi yang berhawa dingin.

Sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik kepada 34.2 sen (tanpa hawa dingin) dan 40 sen (berhawa dingin) untuk km pertama dan masingmasing 17.1 sen dan 19.4 sen bagi km berikutnya.

Tambang bagi teksi di Sarawak juga telah dikemaskini, iaitu dengan kadar baru pada RM3 untuk satu km pertama, dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya, manakala kenaikan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang dengan menggunakan kupon ialah sebanyak RM2.

Bagi Sabah, kenaikan untuk bas ekspres naik tiga sen kepada 13 sen untuk setiap km. Kadar baru bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin ialah 65 sen untuk dua km pertama dan 9.4 sen bagi setiap km berikutnya, manakala bagi kategori berhawa dingin, ia naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua km pertama dan setiap km berikutnya akan dicaj 10.4 sen.

Perkhidmatan bas mini di negeri itu juga menyaksikan kenaikan masing-masing dua dan tiga sen menjadikannya 18 sen setiap km untuk bas tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap km untuk bas berhawa dingin. Bas pengantara juga akan dicaj sebanyak RM1.

Sementara itu, tambang bagi bas sekolah di negeri itu yang menawarkan perkhidmatan kurang dari lima km akan dinaikkan sebanyak RM7.90 menjadikannya RM34.30 dan bagi jarak yang melebihi 60km, kadar kenaikannya ialah sebanyak RM31.70 kepada RM137.30 daripada RM105.60 sebelum ini.

Kadar teksi juga akan dinaikkan kepada RM10 untuk tiga km pertama dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya.

Teksi yang menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang (menggunakan kupon)juga naik RM10 kepada RM35, sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik 2.5 sen kepada 20.5 sen untuk setiap km bagi kereta tanpa hawa dingin dan 2.8 sen kepada 22.8 sen setiap km bagi kereta yang berhawa dingin. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan