PKFZ: Tidak wajar Tee Keat berundur

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak sepatutnya meletakkan jawatan ekoran desakan sesetengah pihak berhubung kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), demikian menurut beberapa pemimpin dihubungi semalam.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, Ong tidak harus memohon maaf atas tindakan beliau yang hanya bertujuan mengetahui kebenaran di sebalik masalah PKFZ bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional.

"Sudah pasti beliau (tindakan Ong) tidak aibkan BN, beliau telah melakukan yang terbaik untuk menegakkan ketelusan dan akauntabiliti," katanya.

Teng menyatakan demikian ketika mengulas pendirian Ong bahawa beliau sanggup untuk meletakkan jawatan jika tindakannya berhubung isu PKFZ telah memalukan BN sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Ong menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam.

Malah, Ong berkata, beliau juga menerima tekanan daripada dalam dan luar BN ekoran keputusannya mendedahkan laporan mengenai PKFZ.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng pula meminta anggota parti itu agar bertenang dan bersatu dalam menyatakan sokongan kepada Ong.

"Kita tahu bahawa Ong (bertindak) jujur dalam memberikan gambaran sebenar berhubung isu PKFZ," katanya.

Wong, yang juga Pengerusi MCA Selangor menambah, anggota parti itu perlu kekal bersatu untuk menentang kuasa-kuasa yang cuba untuk menghalang laporan itu daripada didedahkan.

Laporan itu dikeluarkan lebih sebulan yang lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN berkata, isu PKFZ merupakan soal negara.

Oleh itu, katanya, Ong tidak seharusnya melihat is dari sudut peribadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula meminta Ong membuat laporan polis jika benar beliau ada menerima ugutan ancaman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ong wajar membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan memandangkan ancaman sedemikian adalah sesuatu yang serius.

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow pula berkata, keputusan Ong untuk mendedahkan isu berkaitan dengan PKFZ adalah untuk mengelakkan kesan berganda isu berkenaan dan bagi memastikan projek itu 'bertanggungjawab' kepada kepentingan ramai.

"Apa yang menyedihkan dan mengecewakan ialah parti-parti pembangkang memilih untuk menuduh dan mengecam Ong tanpa rasional dalam keseluruhan isu ini.

"Selain mengeksploitasikan ini, parti-parti pembangkang juga mengambil kesempatan untuk mengaut kepentingan politik. Saya tidak melihat adanya alasan lain," katanya lagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan