Pembinaan jambatan di Manek Urai tanggungjawab Kerajaan Pusat

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).

"Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah," katanya.

Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lepas walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian oleh pemimpin BN.

"Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena..." kata beliau.

Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan PAS selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata itu merupakan pandangan peribadi Abdullah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan