Lapan pelajar di Limbang positif H1N1, dua sekolah tutup

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lapan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMAK) Limbang dilaporkan positif Influenza A(H1N1) setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes di negeri ini meningkat kepada 45 setakat ini, 23 kes import dan 22 jangkitan tempatan.

Bilik Gerakan Negeri dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini menyatakan 10 lagi pelajar dari SMK Sains Kuching di Jalan Matang di sini juga kini masih menunggu keputusan ujian kesihatan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur yang dijangka diketahui esok.

Kenyataan tersebut menjelaskan berikutan kes terbaru itu dua sekolah terbabit kini diarah tutup bermula hari ini sehingga 23 Julai dan dijangka akan dibuka semula pada 24 Julai.

Statistik Jabatan Perubatan Sarawak menunjukkan bahawa 17 daripada jumlah kes yang dilaporkan setakat ini ialah dari Miri (termasuk tujuh kes import dan 10 jangkitan tempatan), 16 kes dilaporkan di Kuching (12 import dan empat jangkitan tempatan), sembilan kes dari Limbang (satu import dan lapan jangkitan tempatan), dua kes import di Bintulu dan satu kes import di Sibu.

Setakat ini sebanyak 835 kes dilaporkan seluruh negara membabitkan 562 kes import dan 273 jangkitan tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan