2 pemimpin Pakatan ditahan di Plaza Masalam

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah seorang penunjuk perasaan yang ditahan kerana ingkar arahan polis untuk beredar daripada berhimpun di perkarangan Plaza Masalam pagi tadi.
Salah seorang penunjuk perasaan yang ditahan kerana ingkar arahan polis untuk beredar daripada berhimpun di perkarangan Plaza Masalam pagi tadi.

SHAH ALAM: Tujuh orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar - kedua-duanya dari Pakatan Rakyat - ditahan polis di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 150 orang yang berdemonstrasi di luar Plaza Masalam kira-kira pukul 10 pagi tadi susulan insiden semalam.

Selain itu, Loo Chuan Boon, pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong cedera dalam pergelutan bersama anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Beliau kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Semalam, mayat Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira 1.30 tengah hari.

Kebanyakan mereka yang berkumpul telah meninggalkan kawasan pekarangan plaza itu kemudian.

Anggota polis dan FRU diletakkan di plaza tersebut.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir di plaza itu untuk mengadakan pertemuan dengan SPRM.

Anwar ketika ditemui selepas pertemuan tersebut berkata, Pakatan Rakyat mendesak supaya satu siasatan yang telus diadakan bagi mengetahui punca sebanar kematian Teoh.

"Kita ucap takziah kepada keluarga Teoh, kita mahu satu siasatan yang telus...hentikan semua tindakan yang berat sebelah dan mendera rakyat terutamanya Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau juga berkata dalam pertemuan bersama Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, pihaknya membantah sekeras-kerasnya kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM yang dianggap kejam dan mendakwa suruhanjaya itu bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

"Kita bantah keras apa yang berlaku kerana (wujudnya) penderaan dan cara siasatan mengikut arahan politik... SPRM tidak boleh bertindak sebagai perkakas politik mereka harus bertindak dengan profesional," katanya.

Turut serta bersama Anwar dalam pertemuan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan beberapa exco kerajaan negeri Selangor.

Pertemuan pada hari ini yang diatur oleh Lim Kit Siang sepatutnya diadakan bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed.

Bagaimanapun Abu Kassim tidak hadir dan dimaklumkan berada di pejabatnya di Putrajaya.

"Saya sangat kesal sungguhpun Datuk Abu Kassim ada buat temujanji dengan saya semalam melalui telefon untuk kita datang bagi mengetahui mengenai apa yang berlaku mengenai kematian Teoh.

"Tapi beliau tak ada kerana berada di Putrajaya, ini adalah perlakuan yang tak bertanggungjawab..beliau sepatutnya berada di sini," kata Lim.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menyokong supaya satu Suruhanjaya Diraja yang bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

"Saya telah memaklumkan kepada Pengarah SPRM Selangor supaya bertanggungjawab untuk memberikan jawapan mengenai mengapa Teoh ditemui mati dalam kawasan SPRM... mereka perlu berikan jawapan dengan cepat," katanya.

Selain itu katanya kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan sebarang siasatan oleh SPRM terhadap pegawai-pegawainya diadakan di luar daripada pejabat kerajaan negeri.

"Malah kerajaan negeri juga akan menyediakan peguam untuk menolong pegawai tersebut (SPRM) dalam sebarang siasatan," katanya.

Kata Khalid lagi, kerajaan negeri juga akan menanggung kos perbelanjaan proses pengkebumian Teoh.

Dalam pada itu, Lim Guan Eng berkata satu siasatan yang telus perlu dijalankan bagi memastikan mereka yang terlibat dihukum dengan sewajarnya.

"Pegawai yang terlibat dalam proses soal siasat keatas Teoh mestilah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

"Kita juga mahu Perdana Menteri memberikan satu kenyataan tentang apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan tentang kes ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan