Teoh sepatutnya daftar perkahwinan esok

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.

"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian hari ini berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.

Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan