SPRM siasat 4 Exco Selangor

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah menjalankan siasatan ke atas empat orang exco kerajaan negeri Selangor berhubung kes salahguna peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.

Pengarah Siasatannya Datuk Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya juga telah melawat empat kawasan di Selangor dan telah mengambil beberapa dokumen milik exco tersebut untuk siasatan.

"Siasatan berhubung kes itu telah dijalankan sejak minggu lepas dan dakwaan yang mengatakan lima ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) lagi terlibat kita sedang siasat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Panel Penilaian Operasi SPRM di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata setakat semalam hanya empat exco sahaja disiasat.

"Kita hanya menerima maklumat secara umum berhubung perkara itu dan kita sedang menyemak beberapa fail berkaitan.

"Kita menyiasat semua kaum dan dakwaan yang mengatakan kita cuma menyiasat kaum Cina sahaja adalah tidak betul. Kalau betul tak salah buat apa nak takut," katanya.

Semalam, lima anggota SPRM menyerbu pejabat salah seorang daripada anggota exco negeri itu serta merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU).

SPRM turut menahan setiausaha politik exco tersebut bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, Shukri berkata kertas siasatan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung rumah banglo yang dimiliki oleh ADUN Sungai Panjang itu baru bermula dan akan selesai dalam masa terdekat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan