Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi dibentang

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi bagi menjamin kerahsiaan data peribadi seseorang selain memastikan data tersebut tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata di bawah akta itu sebuah Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi akan diwujudkan bagi menyiasat kes penyalahgunaan data peribadi.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata kerajaan menerima banyak aduan mengenai penyalahgunaan data peribadi terutamanya bagi menghalang seseorang individu itu mendapat faedah atau hak daripada sesuatu polisi atau program.

Rais berkata di bawah akta itu juga, sesuatu data itu tidak boleh disimpan oleh pihak tertentu untuk tempoh yang lama dan ia mesti dihapuskan setelah tujuan asal penggunaan data itu selesai.

"Dalam undang-undang ini data tidak boleh disimpan lama, habis tujuan asal data harus dilapuskan. Jika tidak pesuruhjaya yang mengetuai Suruhanjaya Data Peribadi berhak menuntut perkara itu dilaksanakan.

Oleh itu katanya, seseorang individu yang mengesyaki datanya telah dimanipulasi atau digunakan di luar tempoh yang dibenarkan boleh meminta Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi membuat siasatan.

"Di samping itu orang ramai boleh merayu kepada sebuah tribunal yang akan ditadbir mengikut undang-undang khusus di bawah akta ini sekiranya mereka tidak puas hati dengan pengendalian sesuatu data itu", katanya.

Bagaimanapun, Rais berkata akta itu akan hanya terpakai di sektor swasta sahaja dan tidak kepada sektor awam memandangkan kerajaan mempunyai kumpulan datanya sendiri di setiap kementerian.

Kerajaan juga katanya telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan data peribadi seseorang itu tidak diceroboh.

"Undang-undang ini adalah berkaitan dengan matlamat kita supaya latar belakang elektronik yang menguasai kehidupan kita hari ini dapat memberi kesan terbaik menerusi perdagangan khususnya edagang dan eniaga. "Sekiranya akta ini diluluskan maka perdagangan komersial menerusi e-dagang dan e-niaga akan bertambah selain menjadikan Malaysia sebagai pusat perniagaan yang berasaskan ilmu dan juga elektronik di samping memberi jaminan keselamatan data yang berintegriti", katanya.

Beliau berkata satu kaji selidik sikap pengguna yang dikeluarkan oleh Visa International pada 2006 mendedahkan bahawa kecurian atau kehilangan maklumat peribadi atau kewangan merupakan kebimbangan utama di kalangan pengguna seluruh dunia dengan 64 peratus melahirkan kebimbangan terhadap kejadian itu.

Rais berkata butiran lanjut mengenai akta itu akan dibentangkan kepada orang ramai Oktober depan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan