Polis ambil keterangan Wee

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beliau di dalam blognya bahawa terdapat Exco Selangor menggunakan pejabatnya untuk mengadakan mesyuarat dengan mereka yang dikaitkan dengan perniagaan haram.

Wee hadir di IPK Selangor kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan memberikan kenyataannya kira-kira dua jam sehingga pukul 2.25 petang.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 233, Akta Multimedia dan kes itu kini dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

"Sungguhpun begitu, Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Selangor akan meneruskan siasatan mereka berkenaan kes itu. Kita sudah semestinya akan panggil lagi saksi lain yang berkaitan dengan siasatan kita selepas ini," katanya dalam sidang akhbar di IPK Selangor di sini hari ini.

Khalid menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 kerana seksyen itu membenarkan pihaknya memanggil saksi dan meminta dokumen berkaitan.

"Jika kita tidak ada kuasa menyiasat kita tidak boleh panggil saksi, tidak boleh minta dokumen dan penggunaan seksyen ini ialah untuk melancarkan penyiasatan. Dalam siasatan kita seterusnya jika kita dapati ada kesalahan lain kita akan klasifikasikan semula kes," katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya ada satu laporan polis dibuat berhubung isu itu dan laporan dibuat berdasarkan laporan akhbar New Straits Times (NST) pada Isnin lepas.

Ditanya mengenai dua pegawai Cawangan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) yang merakamkan kenyataan Wee, Khalid berkata ia hanyalah pembahagian kerja dan tidak ada sebab khusus bagi pegawai dari cawangan itu ditugaskan merakamkan kenyataan anggota Parlimen itu.

Ketika ditemui pemberita selepas memberikan kenyataannya, Wee berkata selain memberikan kenyataan, beliau turut menyerahkan segala dokumen dan bukti yang ada padanya.

"Saya yakin bukti-bukti itu cukup untuk membantu polis menjalankan siasatan mereka. Saya percaya polis juga mungkin mempunyai maklumat mereka sendiri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan