Tidak perlu kecewa dengan keputusan Manek Urai, kata Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TRONOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Beliau berkata walaupun tewas, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan sudah ada peningkatan sokongan yang agak jelas terhadap BN.

"Saya percaya ini petanda bahawa rakyat sudah faham menilai kepimpinan Perdana Menteri dan langkahlangkah yang diambil untuk membawa pembaharuan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tilawah Alquran peringkat kebangsaan ke-52 di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas di sini malam tadi.

Muhyiddin berkata keputusan itu akan mendorong beliau dan rakan-rakan dalam BN untuk bekerja lebih keras bagi memastikan angin perubahan terus berlaku pada masa depan.

Katanya bedah siasat akan dilakukan seperti biasa untuk dijadikan iktibar bagi perkaraperkara yang perlu BN perbaiki.

Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan bahawa kekalahan BN di Manek Urai sebagai isyarat pengundi menolak politik pembangunan yang dibawa oleh BN.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kemenangan mereka, selain turut mengucapkan terima kasih pada Pengarah Pilihan raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan seluruh jentera BN yang bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283, menjadikan majoriti hanya 65 undi, iaitu perbezaan cuma 0.61 peratus.

BN menampilkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS diwakili Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata walaupun tewas dari segi kiraan undi, namun BN menang menerusi perjuangan dan keikhlasan berkempen.

"BN kini mulai memenangi hati dan perasaan rakyat, ini terbukti menerusi keputusan di Manek Urai. Jika dilihat majoriti, BN mencapai kejayaan kerana peningkatan majoriti yang begitu drastik iaitu tewas dengan hanya 65 undi berbanding kekalahan dengan majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum ke12 Mac tahun lepas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan