Nik Aziz akur faktor pembangunan dijanjikan BN punca PAS menang tipis

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Kelantan itu berkata faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

"Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada hari Rabu.

Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya kecil DUN itu, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan memperoleh majoriti 65 undi, berbanding majoriti yang diperoleh penyandang ADUN kawasan itu, Allahyarham Ismail Yaakob,60, yang memperoleh majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, seorang pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) memperoleh 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.

"Oleh itu, saya tidak hairan mengapa calon PAS, mendapat majoriti tipis dalam pilihan raya kecil itu berbanding calon Umno," katanya.

Walaupun 19 tahun PAS mentadbir Kelantan, namun bagi Nik Abdul Aziz kawasan Manek Urai terletak di bawah jagaan KESEDAR, yang merupakan sebuah agensi kerajaan pusat.

Katanya secara logik kawasan Manek Urai termasuk dalam kawasan KESEDAR dan adalah menjadi kewajipan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh BN melaksanakan projek pembangunan seperti itu.

Beliau juga meminta, Kerajaan Pusat melaksanakan projek pembinaan jalan baru dan lebih luas yang menghubungkan Kuala Krai Krai-Gua Musang kerana jalan yang ada sekarang sempit dan mengundang banyak kemalangan.

Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata sejak menjadi Perdana Menteri, Najib telah membuat pelbagai pengumuman yang menggembirakan hati rakyat.

"Ini memberi kelebihan kepada BN dan Umno tetapi kita juga perlu tanya kenapa BN masih tidak menang di Manek Urai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata perpecahan dalam PAS sendiri adalah punca yang menyebabkan calon parti itu menang tipis pada pilihan raya tersebut.

"Masih ada pihak (dalam PAS) yang mahu adakan kerajaan perpaduan dengan Umno. Ini menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan pengundi sehingga memberi kelebihan kepada Umno," katanya.

Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.

"Insiden di Selangor yang melibatkan Azmin memberi gambaran tidak sihat kepada pakatan pembangkang bahawa ada perpecahan dalam pakatan pembangkang iaitu bukan sahaja di kalangan parti sebaliknya di dalam parti sendiri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan