MCA mahu Sains, Matematik dalam BI di sekolah menengah

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari ini, MCA akan mencadangkan kepada Kabinet untuk mengekalkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah, kata presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata parti itu perlu mengambil kira kepentingan pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran sains.

"Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik di peringkat sekolah menengah perlu dikekalkan disebabkan aliran itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat praKabinet bagi menteri dan timbalan menteri MCA di sini, semalam.

Ong juga mencadangkan matematik dan sains diajar dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), jika perlu bagi Tingkatan 1 hingga 3, kerana pelajar mungkin berdepan masalah untuk bertukar bahasa selepas masuk ke Tingkatan 4.

Rabu lepas, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Ong berkata beliau juga akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menambah masa yang diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), dengan menggunakan masa yang diperuntukkan sebelum ini untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

"Kami mendapati masa yang diperuntukkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC jauh kurang daripada sekolah kebangsaan (SK). Masa diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran itu di SK ialah 330 minit seminggu bagi Darjah 1 hingga 3, manakala hanya 120 minit diperuntukkan bagi SJKC," katanya.

Ong berkata parti itu mahu masa diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris ditambah kepada sekurang-kurangnya 180 minit seminggu kerana ia bimbang dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar SJKC.

"Semua pelajar di SJKC disyaratkan belajar tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin berbanding dengan SK, jadi masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris kurang daripada SK," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan