Calon BN janji terus bantu penduduk Manek Urai

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI, 14 JULAI: Calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat berjanji akan terus berbakti kepada penduduk Manek Urai walaupun tewas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut dengan majoriti 65 undi.

Katanya, sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, beliau dapat memberikan bantuan melalui pergerakan tersebut.

"Pemuda Umno akan melakukan post-mortem untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan jentera BN sepanjang kempen di Manek Urai.

"Pada masa yang sama BN akan memperbaiki kelemahan tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Kesedar di sini sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengarah Pilihan Raya Kecil BN di Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed serta seluruh jentera parti yang membantu sepanjang pilihan raya ini diadakan.

PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz menerima 5,283.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan