Bukti rakyat kembali yakin kepada BN - Najib

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHARM EL-SHEIKH: Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.

"Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan," kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi.

"(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi insya-Allah.

"Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau telah pun menyampaikan penghargaan dan tahniah beliau kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan juga calon BN sendiri.

"Walaupun kita tidak berjaya tetapi ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN," kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mengenai jumlah undi rosak sebanyak 117 undi, iaitu melebihi undi majoriti kemenangan Pas, Najib berkata, BN belum mengetahui punca mengenai undi rosak tersebut.

Katanya BN akan membuat bantahan sekiranya didapati wujud perkara yang meragui semasa pilihan raya itu.

Jika tidak, kata beliau, BN tetap menerima keputusan itu dan menganggapnya sebagai kemenangan moral untuk BN.

Mengenai isu-isu yang mempengaruhi pengundi di Manek Urai, Perdana Menteri berkata: "Kami perlu menilai sama ada mereka dipengaruhi oleh isu tempatan atau nasional atau gabungan kedua-duanya.

"Tetapi, walau apa pun kami puas hati bahawa terdapat perubahan yang berlaku di Manek Urai. Dan ia merupakan kawasan majoriti Melayu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan